Monday 29 August 2016

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu' - Da'i Wan


'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa?

Kerana Allah swt telah berfirman:

'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

Siapa tahu?

Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

Ikhlas, Da'i Wan.



Bukti Tersebar Lagi! Tindakan Along Menepis Tangan Zila Untuk Bersalam, Akhirnya Dikecam Peminat. Sedih.. Macam Dalam Drama. Lihat Bukti.. Memang Merah Padam Muka Zila Dibuatnya.


Selepas satu-satu kontroversi yang melanda, akhirnya Along Cham dan Zila sah bercerai.

Selepas terlalu banyak kontroversi yang melanda pasangan Along Cham dan ZIla, akhirnya mereka sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

Selepas empat bulan tidak sebumbung, pasangan ZIla Seeron dan suami Along Cham bersemuka di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di situ pagi tadi.

Walaubagaimanapun, ketika Zila menghulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya itu, kelihatan Along Cham lebih senang membiarkan tangannya berada di dalam poket jaketnya sahaja.

Sepasang suami isteri itu kini berada di dalam mahkamah untuk kes sebutan nusyuz oleh Along terhadap Zila.

Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 5.



'Kau dah tak masak, memang satu hal lah. Pas tu langsung pantang tak boleh ditegur kalau tak masak atau kemas rumah. Isteri jenis apa macam ni?'



Sikap malas memasak antara salah satu punca bintang Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron diceraikan suaminya, pelawak Along Cham.

Memetik laporan Kosmo! Along membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.

Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama me­ngapa beliau mahu bercerai.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, kemudian memberitahu, Zila tidak suka ditegur apabila tidak memasak untuk anak mereka.

“Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak,” kata plaintif itu ringkas.


TERKINI! Cerita SEBENAR Terbongkar ! Punca Pelajar Jatuh Dari Tingkat 3 Sebentar Tadi.. Akhirnya Segala 'Teka-Teki' TERJAWAB !



Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut apabila terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Menurut laporan dari Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40pagi tadi apabila mangsa iaitu Azim Hakimi Abu Shuja, 15 tidak dapat mengimbangi badannya ketika melompat untuk cuba membantu mengambil beg rakanya yang dibuang oleh pelajar yang lain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, turut mengesahkan kejadian berkenaan.

"Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' - Ibu Mangsa



Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain.

Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan Berita Harian bahawa, Azim sempat mengulang kali pelajaran bersama rakan yang lain kerana bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi.

Kredit gambar: Berita Harian


"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

"Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya.

Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.






NAH HAMBIK.. 'TERDUDUK' KAU ZILA ! Ni Ucapan Along Buat Zila Lepas Dia Tolak Salam Zila. Memang Tepat Dimuka Zila !


SHAH ALAM 29 Ogos - Selepas empat bulan tidak duduk sebumbung, pasangan Zila Seeron dan suaminya, Along Cham kembali bertemu muka di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika peserta AF4 berkenaan cuba mengulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya itu, Along sebaliknya kelihatan lebih senang membiarkan tangannya berada dalam poket jaketnya sahaja.

Sementara itu, kedua-dua mereka kini berada di mahkamah untuk kes sebutan nusyuz oleh Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 terhadap Zila.

Along dan Zila berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.



DALAM DIAM-DIAM BERISI!!!! TAK SANGKA...RUPA-RUPANYA Isteri Baru DR Khir Toyo BUKAN CALANG-CALANG ORANG.. JOM TENGOK BIODATA BELIAU!! PASTI RAMAI YANG TERKEJUT BESAR..(((2foto)))


KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah pada Ahad.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.


Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990. - Bernama


TERGEMPAR! Selepas Membuat Laporan Polis!! Akhirnya Ustaz Kazim Elias Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Tuduhan Kes Cabul di Maahad Tahfiz


PETALING JAYA: Datuk Mohd Kazim Elias hari ini berikrar akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah seksual di sebuah maahad di Manjoi, Perak, berikutan dakwaan ahli keluarganya terlibat dalam kesalahan itu.

“Kami tidak akan berkompromi sekiranya benar kes itu berlaku.

“Kami akan menyerahkan siapa jua yang terlibat kepada pihak berkuasa walaupun melibatkan darah daging sendiri,” kata pendakwah yang terkenal dengan rancangan ceramah agamanya, “Kalau Sudah Jodoh”,

Kazim mengadakan sidang akhbar di Ipoh hari ini bagi menjawab tuduhan pelajar diliwat, termasuk yang terkandung dalam laporan polis yang viral di media sosial.

Rabu lalu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak bawah 14 tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun dan sebatan.

Kazim berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba mencemarkan imej Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diketuainya